fbpx

4,629 stesen pemancar di Sabah akan dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menaik taraf 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

MCMC berkata, langkah berkenaan bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Selain itu katanya, sebanyak 303,569 premis juga akan dilengkapi sambungan gentian optik.

“Perkhidmatan jalur lebar melalui satelit Broadband Wireless Access (BWA) turut dilaksanakan di 138 lokasi di negeri berkenaan.

“Peranti Starlink juga telah dipasang di daerah Papar (dua lokasi), Keningau (dua lokasi), Tawau (dua lokasi) serta masing-masing satu di Kudat, Ranau, Tuaran dan Nabawan,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, MCMC memaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan ke Kampung Mondikot, Papar, Sabah bagi meninjau perkembangan projek POC Starlink.

Beliau turut menghadiri program Hari Bersama Komuniti di Nadi Mesapol, Sipitang serta meninjau perkembangan projek menara komunikasi Jendela di Kampung Menengah Ulu Sipitang.

Mengulas lanjut, MCMC berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi pembuktian konsep (POC) perkhidmatan jalur lebar Starlink di kawasan pedalaman dan terpencil, pemerkasaan peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan pembinaan menara telekomunikasi.

Ujar MCMC setakat ini, 118 NADI telah beroperasi di seluruh Sabah manakala 14 lagi NADI baharu akan dibina, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di Sabah.

“Bagi memperkasakan komuniti selain memastikan capaian serta peluang sama rata, program yang ditawarkan di NADI kini berpaksikan lima teras utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI