fbpx

20 laporan pokok tumbang akibat angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Pantas MBPP membersihkan lokasi pokok tumbang di sekitar George Town, awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sebanyak 20 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku susulan hujan lebat dan angin kencang melanda bahagian pulau negeri ini, awal pagi tadi.

Jurucakap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku sejak pukul 1 pagi hingga 7 pagi tadi.

“Antara kawasan terlibat adalah di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran persimpangan Kondominium N Park, di hadapan Stesen Minyak Petron Jalan Sultan Azlan Shah, Relau, Batu Maung, Persiaran Bukit Jambul, Solok Bukit Jambul, Jalan Sungai Dua.

“Turut terkesan adalah di Jalan Tun Dr Awang Markas Tentera Bayan Lepas, Jalan Lembah Permai, Jalan Residensi, Bulatan Besar Bayan Baru, Cangkat Minden Jalan 1 Gelugor, Kolej Vokasional Batu Lanchang, Jalan Bukit Balik Pulau, Jalan Bukit Gambir dan Lintang Sungai Tiram,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, semua pokok tumbang di 20 lokasi tersebut telah diambil tindakan oleh anggota Skuad Pantas MBPP tanpa henti sehingga selesai dan kawasan tersebut selamat digunakan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI