PETALING JAYA – Seekor ikan paus sedang berenang ditemukan sekumpulan individu yang menaiki bot di Pulau Redang, Terengganu hari ini.
Video berdurasi 44 saat yang memaparkan penemuan mamalia laut itu di muat naik pengguna TikTok menggunakan akaun @akihiro_san28 sebelum tular dengan tontonan lebih 206,000.
Suara latar dalam video itu menyebut, “Ikan paus, ikan paus, ikan paus, ikan paus, turun ma, selam pergi sana ikan paus,” berulang beberapa kali telah menarik perhatian netizen.
Ada yang mengatakan individu tersebut telah menyebut perkataan “ikan paus” lebih 30 kali kurang dari satu minit.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, ramai berseloroh mengatakan mamalia laut tersebut ingin turut serta dalam program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula semalam hingga hari ini.
“Mungkin ikan paus nak pergi dekat RXZ Member,” kata @belacanusang.
“Tak sangka ikan paus pun nak sertai RXZ Member. Apa pun Terengganu pantainya cantik semua orang suka ke sana. Lokasi santai terbaik,” kata Miera Mohd.
“Seronok tengok ikan paus depan mata ciptaan Allah yang mengagumkan,” ujar Zue Adam. – KOSMO! ONLINE
@akihiro_san28 Buat pertama kali ikan paus di temui di pulau redang #fyp #pulauredang #ikanpaus #utusantv #mstar #majoriti ♬ original sound – Akihirosan