fbpx

Tujuh negeri dibadai hujan lebat, angin kencang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan, ribut petir tersebut melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah) dan Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman).

“Keadaan ini juga berlaku di Pahang (Raub, Temerloh, Maran dan Kuantan) dan Selangor (Hulu Selangor),” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI