fbpx

Trafik perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Seremban ketika ini.

PETALING JAYA – Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS (E2) dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lokasi utama petang ini.

Bagi arah utara, kesesakan dikesan dari Plaza Tol Skudai menuju ke Sedenak, serta di Hentian Sebelah Senawang ke Port Dickson. Trafik juga perlahan selepas Tol Sg. Besi menuju ke Pusat Bandaraya KL.

Di arah selatan, trafik bergerak perlahan di laluan dari Nilai Utara ke Senawang, dan dari Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi.

Aliran trafik juga dilaporkan perlahan di antara Ayer Keroh dan Jasin, serta dari Setia Tropika menuju susur keluar ke Lebuhraya Pasir Gudang.

Sementara itu, pemandu diingatkan untuk mematuhi jarak selamat antara kenderaan dan merancang perjalanan dengan teliti. Semoga semua pemandu selamat sampai ke destinasi yang dituju. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI