SEPANG – Suspek pembantu kedai warga asing ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun dan rogol seorang nenek berusia 71 tahun di Cyberjaya awal pagi semalam.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi hari ini dan beliau memaklumkan perintah reman suspek itu bermula hari ini hingga 14 September ini.
Wan Kamarul Azran dilaporkan berkata, suspek berusia lingkungan 25 tahun itu didapati melalukan perbuatan itu di sebuah apartment di Cyberjaya di sini.
“Suspek ditahan kira-kira pukul 12.18 tengah hari semalam bersama beberapa barangan berharga termasuk telefon bimbit milik mangsa.
“Mangsa disamun dan dirogol ketika sedang menunggu untuk menaiki lif. Mangsa di bawa ke ruang tangga berhampiran lif sebelum disamun dan dirogol,” katanya.-KOSMO! ONLINE