fbpx

Sesak lebih 20km dari Gombak ke Bukit Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini trafik di Lebuh Raya KLK, berhampiran Genting Sempah ketika ini.

PETALING JAYA – Kesesakan lalu lintas yang teruk dilaporkan di laluan utama menghala ke Pantai Timur hari ini, berikutan permulaan cuti sekolah penggal kedua yang bermula semalam.

Menurut laporan trafik, aliran trafik mula mengalami kesesakan yang ketara di beberapa lokasi strategik termasuk Lebuh Raya Karak (E8) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).

Aplikasi Waze menunjukkan keseskan teruk dari Plaza Tol Gombak menghala ke Bukit Tinggi.

“Kesesakan paling teruk dilaporkan berlaku di kawasan sebelum Plaza Tol Gombak, di mana trafik mula melambat dan beratur panjang.

“Selain itu, terdapat kesesakan 11.3 kilometer dari Plaza Tol Gombak hingga Kilometer 31.1 (Gombak), yang berterusan sepanjang laluan tersebut.

“Dan juga, 9.4 kilometer dari Kilometer 32.7 hingga Kilometer 42.1 (Gombak ke Genting Sempah) mengalami pengumpulan trafik, serta dua kilometer dari Kilometer 46.7 hingga Kilometer 48.7 (Bukit Tinggi) di mana aliran trafik menjadi sangat perlahan,” katanya.

Penambahan jumlah kenderaan ini diakibatkan oleh ramai ibu bapa dan pelajar yang mengambil kesempatan cuti sekolah untuk pulang ke kampung, menjadikan laluan-laluan utama menuju ke Pantai Timur sesak sepanjang hari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI