fbpx

Sarjan Apot meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarjan Apot

KAMPAR – Bekas anggota Senoi Praaq, Sarjan Mejar (Bersara) Apot Saad yang pernah menerima Pingat Gagah Berani atas jasa dan baktinya kepada negara menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kampar di sini kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi.

Menurut anaknya, Sarjan Mulyadi Apot berkata, ayahnya dimasukkan ke hospital itu sejak 1 September dan meninggal dunia semalam akibat jangkitan kuman di paru-paru dan sesak nafas.

“Jasad mendiang akan dibawa pulang ke rumah di Batu Barangkai, Kampar untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Asli berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Krig Sudin, 80, dan empat orang anak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI