fbpx

Ronaldo manusia pertama miliki 1 billion pengikut di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Ronaldo mewakili kelab Al-Nassr. - Foto AFP

LONDON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo mempunyai 1 bilion pengikut di beberapa platform media sosialnya,lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Ronaldo yang kini bermain untuk kelab Al-Nassr, Arab Saudi turut menjadi manusia pertama melakukan pencapaian itu.

Bilangan itu dikira dengan menggabungkan jumlah pengikutnya di Instagram, Facebook, Twitter, YouTube dan media sosial China iaitu Weibo serta Kuaishou.

Namun, pakar media sosial, Paolo Pescatore menyifatkan ia sebagai jumlah yang mengejutkan.

Ia akan menyebabkan Ronaldo akan mendapat perhatian pihak media dan jenama komersial, katanya.

“Satu pencapaian hebat dan ia menggariskan lagi perubahan asas yang berlaku dalam media.

“Ini menunjukkan kuasa yang menjangkau khalayak baharu yang lebih muda berkat kewujudan teknologi”, katanya kepada BBC.

Ronaldo juga mendahului beberapa nama terbesar dalam hiburan sehingga menatasi penyanyi popular, Justin Bieber, Taylor Swift dan Selena Gomez. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI