KLUANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Dun Mahkota, Azurawati Wahid ketika mengumumkan perkara itu berkata, calon BN diwakili Syed Hussien Syed Abdullah manakala PN, Mohamad Haizan Jaafar.
Calon BN, Syed Hussien, 40, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9 pagi manakala Mohamad Haizan, 61, menyerahkan borang pada 9.05 pagi.
PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal PRK DUN Mahkota pada 24 September manakala hari pengundian pada 28 September.-KOSMO! ONLINE