fbpx

Pesawat IndiGo dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat IndiGo. - NDTV Profit

NEW DELHI –  Sebuah pesawat IndiGo yang sedang dalam penerbangan dari Mumbai ke Phuket, Thailand terpaksa mendarat di Pulau Pinang berikutan cuaca buruk, lapor portal berita Times Now News semalam. 

Pesawat A320 itu berada di Pulau Pinang selama empat jam sebelum dibenarkan berlepas semula ke Thailand. 

“Sebagai tindak balas kepada cuaca buruk di Phuket, penerbangan 6E 1707 telah dilencongkan dan mendarat di Pulau Pinang. 

“Ia merupakan lapangan terbang terdekat,” kata syarikat penerbangan itu. 

Media tempatan melaporkan bahawa pesawat itu kembali terbang dan selamat mendarat di Phuket. 

“Penumpang telah dimaklumkan sepenuhnya mengenai perubahan laluan yang tidak dijangka dan diberi sajian ringan untuk keselesaan mereka,” tambanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI