fbpx

‘Perpisahan bukanlah berakhir kebahagiaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh PHM di Facebooknya.

PETALING JAYA – Sebuah perhubungan yang tidak berakhir dengan kebahagian bukanlah bermaksud suatu kegagalan dan kenangan bersama bukanlah satu yang sia-sia.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), perpisahan meskipun menyakitkan namun sering kali membuka jalan kepada refleksi dan penghargaan mendalam terhadap setiap kenangan dicipta dalam sebuah hubungan.

“Kadang-kadang, hubungan itu tamat kerana ia sudah sampai ke penghujungnya. Dan itu tak semestinya bermaksud kegagalan.

“Daripada meratapi perpisahan, lebih baik kita hargai setiap kenangan yang pernah tercipta.

“Kita pernah kenal dia. Kita pernah rindu dia ketika menghilang. Kita pernah buat pelbagai aktiviti dengan dia, kita pernah berkongsi harapan yang sama dengan dia. Perkara yang tidak semua orang boleh dapat buat dengan dia,” katanya.

Bukan itu sahaja, apabila kita mengingat kembali semua momen bahagia, itu sudah cukup untuk membuat kita merasa gembira.

Walaupun kita tidak bersama lagi, itu tidak bermakna kenangan-kenangan tersebut sia-sia. Perpisahan bukanlah akhir kebahagiaan.

Sementara itu, orang ramai turut bersetuju dengan hantaran tersebut dan meninggalkan pelbagai nasihat dia ruangan komentar.

“Kerana hidup ini hanya satu persinggahan, berdamailah dengan takdir. Suka atau tidak, ia tertulis untuk sesiapa pun Dia berkehendak,” komen Donna.

“Setiap hubungan akan berakhir. Bahagia itu hanyalah satu fasa. Derita juga satu fasa. Jika tidak berakhir dengan perpisahan hidup, pasti akan berakhir dengan perpisahan mati,” ujar Khairi. – – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI