fbpx

Pencuri mati leher tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencuri meninggal dunia selepas lehernya tersepit di celah-celah pintu. - Humas Polres Gunung Mas

JAKARTA – Seorang pencuri di Gunung Mas, wilayah Kalimantan Tengah ditemukan meninggal dunia selepas lehernya tersepit di celah sebuah pintu, lapor saluran berita Detik News semalam. 

Ketua Polis Sepang, Iptu Debby Soesilo berkata, kejadian berlaku di kawasan perumahan SMAN 1 Mihing Raya ketika lelaki berusia 34 tahun itu hendak mencuri.

“Leher mangsa tersepit kerana bahagian bawah pintu masih terkunci. Dia ditemukan meninggal dunia oleh penduduk tempatan di tempat kejadian,” kata Debby. 

Menurut seorang saksi, mangsa dipercayai memecah masuk ke sebuah gedung yang dijadikan tempat tinggal.

“Gedung ini digunakan sebagai perumahan untuk penduduk tempatan. Berdasarkan keterangan saksi, mangsa memecah masuk dengan merosakkan kunci dan mencongkel tombol pintu,” tambahnya. 

Mangsa berjaya masuk tetapi lehernya tersepit menyebabkan dia tidak boleh menarik semula kepalanya. 

“Hasil pemeriksaan mendapati kesan luka pada leher dan dia meninggal dunia akibat tidak dapat bernafas dengan lancar sehingga kehabisan oksigen,” tambah Debby. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI