fbpx

Pas nafi ada kaitan dengan GISB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HADI AWANG ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Pas menafikan parti itu mempunyai kaitan dengan kumpulan perniagaan Global Ikhwan Seevices and Business (GISB) Holdings Sdn. Bhd. sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menafikan penglibatan ahli parti berkenaan dalam kumpulan terbabit.

“GISB tidak ada hubungan langsung dengan kita walaupun pihak media antarabangsa mengaitkan (dengan GISB), itu satu berita yang tidak betul.. yang salah.

“Bukan ahli kita, tidak ada kaitan dengan kita,” katanya dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur di sini hari ini.

Ditanya tentang tindakan kumpulan itu yang menggunakan agama untuk menjalankan kegiatan mereka, Abdul Hadi berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Biar polis siasat. Kita tunggu siasatan polis,” ujarnya ringkas.

Bagaimanapun beliau memberitahu, Pas akan sentiasa mengawal institusi pendidikan milik parti itu seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) bagi memastikan kejadian seperti sedemikan tidak berlaku.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI