SERDANG – Caj parkir tidak lagi dikenakan kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula hari. ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.
“Bang Mat lihat pergerakan kereta pengunjung untuk ke MAHA 2024 semakin lancar pagi ini.
“Parkir adalah percuma bermula hari ini sehinggalah tamat MAHA 2024 pada 22 September nanti. Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir,” katanya.
Sebelum ini, pengunjung MAHA 2024 dikenakan caj parkir RM5 melalui pembayaran secara dalam talian di laluan masuk MAEPS Serdang.