fbpx

Nora rujuk semula dengan bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA kembali rujuk semula dengan suami, Rushdi.

PETALING JAYA – Selepas sebulan mengumumkan perceraian, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan dirinya kembali rujuk dengan bekas suami iaitu Dr Rushdi Ramli.

Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin, 51, meluahkan rasa syukur dan mengharapkan jodohnya kali ini berkekalan.

“Alhamdulillah. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.

“Saya dan suami telah rujuk. Saya terima kembali,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai proses rujuk semula dengan Rushdi.

Nora dalam pada itu turut mengharapkan agar khalayak mendokan yang terbaik buat perkahwinannya itu.

“Doakan semoga jodoh kami berpanjangan, insya-Allah,” katanya.

Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video berdurasi 52 saat bekas suaminya menceraikannya dalam Instagram.

Bagaimanapun, Nora memberitahu perceraian tersebut berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI