fbpx

MAHA 2024: RM5 bilion untuk projek raksasa penanaman padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / KOSMO!

SERDANG – Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM5 bilion untuk beberapa projek besar, termasuk projek raksasa tanaman padi fasa pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek raksasa itu bakal memberi tumpuan kepada penambahan hasil tanaman padi bagi pesawah terlibat dan seterusnya menaikkan taraf hidup mereka.

“Projek raksasa ini khas diberikan kepada pesawah-pesawah terlibat terhadap hasil pengeluaran mereka.

“Itu berbeza dengan orang yang memaki hamun, bila diberi kuasa mereka tidak lakukan apa-apa, kami yakin jika berbuat sesuatu ketika kita berkuasa.

“Kami ingin fokus untuk membangunkan negara, bangkit dalam semua bidang untuk pastikan negara Malaysia hebat dan gagah di rantau ini,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di sini hari ini.

Tambah Perdana Menteri, MAHA ini perlu dijadikan wahana untuk dipamerkan dan belajar dan galakkan terutamanya golongan muda supaya tahu bidang pertanian dan keterjaminan makanan ini atu bidang kritikal dan perlu diberi perhatian sepenuhnya.

“Semoga acara MAHA ini menjadi satu ruang menanam dan kesempatan kepada rakyat untuk melihat tentang kekaguman mereka terhadap pertanian dan keterjaminan makanan.

“Manakala bagi pihak kementerian, merasakan bagaimana rakyat yang ramai itu meletakkan harapan untuk hasil pertanian yang baik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI