fbpx

MAHA 2024: Kartel baja, benih perlu dihapuskan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika melawat reruai di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. Foto oleh - FARIZ RUSADIO/KOSMO!

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa kartel baja dan benih dapat dihentikan menerusi pentadbiran di bawah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Katanya, menteri dan Ketua Setiausaha yang tegas diperlukan bagi menoktahkan amalan kartel import lama.

“Benih dan baja tidak boleh dilakukan seperti kartel dan monopoli seperti yan berlaku sebelum ini.

“Sebab itu kita perlu satu menteri dan KSU (Ketua Setiausaha) yang tegas dalam menyatakan bahawa amalan kartel lama yang mengimport baja mesti dan wajib dihentikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Tambah beliau, para petani juga perlu berupaya dan berdaya saing untuk membuat pilihan benih yang terbaik dan bermutu.

“Sejak dulu lagi kita bercakap mengenai ini (kartel baja dan benih). Ia memerlukan tekad politik untuk membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik buat petani tempatan.

“Oeh kerana itu, saya mengucapkan terima kasih kepada menteri dan kementerian kerana berjaya mengekang budaya lama tersebut daripada diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI