fbpx

Kereta terbalik di KM74.3 Kampung Sungai Dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kemalangan melibatkan sebuah kereta naik oleh LPTTrafik di aplikasi X

PETALING JAYA – Perjalanan dari Karak ke Bentong melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak sepanjang empat kilometer (KM) disebabkan sebuah kereta terbalik di lorong kiri KM74.3 berhampiran Kampung Sungai Dua petang ini.

Menerusi perkongsian oleh Lebuh Raya Pantai Timur Trafik (LPTTrafik) di aplikasi X, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.09 petang tadi.

“Terdapat kemalangan di KM74.3 Arah Barat (Bentong) mengakibatkan lorong kecemasan dan perlahan terhalang.

“Trafik perlahan kira-kira 3.7 kilometer (KM) dari KM77.8 hingga ke lokasi kemalangan,” katanya.

Sementara itu, LPTTrafik turut menasihati orang ramai yang melalui kawasan tersebut untuk mematuhi arahan petugas lokasi dan memandu dengan cermat di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI