fbpx

Jururawat kelar kemaluan doktor 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek cuba merogol mangsa yang bertugas di Pusat Penjagaan Kesihatan RBS di Gangapur, Rabu lepas. - NDTV

NEW DELHI – Tiga lelaki termasuk seorang doktor ditahan atas tuduhan cuba memperkosa seorang jururawat secara bergilir-gilir di sebuah hospital swasta di negeri Bihar, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin. 

Polis tempatan berkata, mangsa berjaya melarikan diri selepas mengelar alat sulit suspek dengan menggunakan pisau bedah.

Kejadian berlaku semasa jururawat itu sedang menyelesaikan tugasnya di Pusat Penjagaan Kesihatan RBS di Gangapur, malam Rabu lalu. 

“Suspek bernama Sanjay Kumar dan dua rakannya dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika cuba memperkosa mangsa.

“Mangsa menggunakan pisau untuk mengelar kemaluan Sanjay dan berjaya melarikan diri. Dia bersembunyi di luar hospital dan segera menghubungi polis,” kata polis. 

Menurut Timbalan Penguasa Polis,  Sanjay Kumar Pandey, beliau mengerahkan anggota-anggotanya ke hospital berkenaan selepas memastikan mangsa selamat.

“Tiga orang ditahan termasuk seorang doktor. Dua lagi suspek dikenali sebagai Sunil Kumar Gupta dan Awadhesh Kumar,” katanya. 

Suspek dilaporkan mengunci hospital dari dalam dan mematikan sistem televisyen  televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum menyerang jururawat berkenaan. 

“Kepantasan dan keberanian yang ditunjukkan oleh mangsa amat dipuji,” tambahnya.

Polis juga menemui sebotol minuman keras, pisau yang digunakan oleh mangsa, pakaian berlumuran darah dan tiga telefon bimbit.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek akan didakwa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI