fbpx

JAIS diarah terus kerjasama penuh dengan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Agama Islam Selangor

SHAH ALAM – Pegawai penguat kuasa agama dan nazir bagi sekolah Islam di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah membuat siasatan segera ke atas semua rumah amal dan sekolah yang mempunyai kaitan dengan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB)

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 perlu segera dibuat ke atas pihak yang didapati menyeleweng agama Islam.

“Selain itu, sekolah Islam yang dikenal pasti terlibat perlu dibatalkan pendaftarannya mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988. MAIS mengarahkan JAIS berganding bahu dengan PDRM dan agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras apa-apa kesalahan jenayah syariah,” katanya hari ini.

Menurut Abdul Aziz, MAIS merujuk kepada laporan berhubung tangkapan dan siasatan oleh polis mengenai kesalahan pengabaian, penganiayaan dan seksual terhadap penghuni di 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISB.

“Ia turut merujuk beberapa video tular mengaitkan syarikat itu dengan ajaran Al-Arqam yang telah diharamkan di Selangor melalui tiga fatwa sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI