PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 11 pagi ini.
Di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 8.45 pagi tadi, ribut petir tersebut melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu) dan Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE