fbpx

Hajat bercuti di Thailand tertangguh, van rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van yang dinaiki sebuah keluarga selepas merempuh pokok di di Jalan Kangar - Alor Setar dekat Bejor Mali di sini hari ini.

KANGAR – Hajat sebuah keluarga untuk meluangkan masa bercuti bersama di Thailand tidak kesampaian selepas van dinaiki mereka merempuh sebatang pokok hingga menyebabkan seorang maut di Jalan Kangar – Alor Setar dekat Bejor Mali di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi itu,mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Arshad Hanapiah berusia 73 tahun dan merupakan seorang pesara tentera yang beralamat di Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah.

“Kejadian itu turut mengakibatkan pemandu van persendirian yang berusia 29 tahun mengalami luka di tangan manakala enam penumpang lain turut mengalami kecederaan.

“Enam mangsa lain merupakan terdiri daripada dua lelaki dan empat perempuan. Kesemua mangsa yang terlibat merupakan satu keluarga berusia dalam lingkungan 11 hingga 73 tahun,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mereka dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah menuju ke wilayah Krabi, Thailand untuk bercuti bersama-sama.

Menurut Yusharifuddin, siasatan awal polis mendapati, ketika van dipandu lelaki yang beralamat di Sungai Petani, Kedah itu terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok di bahu kiri jalan.

“Siasatan lanjut di lokasi kejadian menemui kesan perlanggaran pada pokok, bahagian hadapan sebelah kiri van remuk teruk dan tiada kesan brek ditemui di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati tiada kesan perlanggaran melibatkan kenderaan lain dan hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang terbabas sendiri ke sebelah kiri jalan lalu melanggar pokok,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI