fbpx

EPL: Ten Hag perlu ambil langkah berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD antara pemain yang perlu digugurkan ekoran aksi yang tidak mencapai tahap terbaik dalam tiga perlawanan sebelum ini. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag berdepan tekanan yang memuncak biarpun aksi musim ini baru berlangsung tiga perlawanan ketika mereka perlu berdepan Southampton di St. Mary malam ini.

Dua kekalahan yang dialami menyebabkan pengendali dari Belanda itu tidak mempunyai pilihan kecuali mendapatkan kemenangan pada aksi tersebut atau berdepan kemungkinan menjadi pengurus pertama dipecat musim ini.

“Kami masih dalam proses transisi dengan kehadiran ramai pemain muda. Kami juga kembali berdepan isu kecederaan, namun orang akan menganggap kami sengaja mencari alasan.

“Kami perlu memenangi setiap perlawanan, saya dan pasukan tahu mengenai perkara itu. Kami perlu fokus dalam setiap perlawanan dan meletakkan mentaliti kemenangan.

“Kita akan lihat di mana pasukan ini pada Mei tahun depan. Kami masih berada di awal musim dan semuanya mengenai kemenangan, meraih kedudukan teratas dalam liga dan segalanya mengenai cara memenangi perlawanan,” katanya.

Bagaimanapun, Ten Hag perlu lebih berani membuat perubahan dalam kesebelasan berpandukan prestasi yang dipamerkan oleh beberapa pemain tonggaknya ketika tewas 0-3 berdepan Liverpool dua minggu lalu.1110

Ten Hag disaran untuk merehatkan pemain tengah bertahan, Casemiro yang dianggap punca kekalahan apabila dua gol Liverpool dikatakan akibat daripada kesilapan yang dilakukannya, selain ia menjadi peluang untuk pemain baharu, Manuel Ugarte beraksi.

Satu lagi pemain yang digesa untuk digugurkan oleh Ten Hag adalah pemain bintangnya, Marcus Rashford yang terus berdepan masalah prestasi sejak musim lalu dan masih belum menemui sentuhan.

10Meletakkan Rashford di bangku simpanan membuka peluang untuk Ten Hag mencuba gandingan baharu dengan Alejandro Garnacho di bahagian kiri, manakala Amad Diallo akan diberikan tanggungjawab menjalankan tugas menyerang dari sebelah kanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI