fbpx

Dua pemancing selamat selepas pak belang peluk beg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut.

PETALING JAYA – Dua pemancing yang sedang melakukan aktiviti `casting’ di sebuah sungai mengalami detik cemas apabila diziarahi seekor harimau belang di belakang mereka.

Menerusi satu hantaran di Facebook Info Banjir Kelantan, dua pemancing tersebut hanya menyedari kehadiran binatang buas itu selepas harimau itu berada hanya beberapa meter sahaja daripada salah seorang mereka.

“Alhamdulillah masih dipanjangkan lagi umur Mat dan kawan. Pengalaman seumur hidup tengah casting harimau datang berdepan.

“Kepada kawan-kawan Mat berhati-hatilah ketika berada di dalam hutan. Kita hanya mampu merancang hanya tuhan menentukan… Alhamdulillah Ya Allah,” tulis pemilik asal video tersebut yang dikenali sebagai Nazrie_iskandar.

Orang ramai yang menyaksikan klip tersebut turut bersyukur dan beranggapan dua pemuda itu masih diberi kesempatan hidup kerana telah diselamatkan oleh beg salah seorang daripada mereka.

“Kus semangat aku tengok, betul-betul depan mata, nasib beg tu jadi penyelamat mereka,” kata Musang98.

“Bau apa le beg tu, minat sungguh pak belang dengan beg tu. Bersyukur ada beg, kalau tak ada arwah dah ni,” kata Man Hamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI