fbpx

Datuk tamatkan riwayat nenek, dakwa mangsa curang dengan cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZALI (tengah) ditahan selepas dia disyaki membunuh isterinya. - Foto Supernews

JAKARTA – Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun menjadi suspek utama kes pembunuhan isterinya yang berumur 78 tahun kerana cemburu buta dalam kejadian di daerah Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara, lapor portal berita Supernews hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Razali Am itu dituduh membunuh isterinya di rumah mereka di Kampung Medan Krio.

Ketua polis tempatan, Bambang Gunanti Hutabarat berkata, motif pembunuhan kerana dia cemburu terhadap isterinya.

“Hasil soal siasat didapati pelaku cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan cucu sendiri atau orang lain,” kata Bambang.

Menurutnya,  Razali disyaki melakukan perbuatan itu berdasarkan barang bukti dan keterangan beberapa saksi.

Warga emas itu membunuh isterinya ketika mangsa sedang tidur. Polis turut menemui kesan luka parah pada tubuh mangsa.

Suspek kini ditahan sementara menanti perbicaraan di mahkamah.

Dia menjadi suspek  selepas hampir dua minggu jasad isterinya ditemui. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI