fbpx

Sabar, toleransi kunci kebahagiaan rumah tangga – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA atau Che Ta menganggap rumah tangga yang dibina bersama suami tersayang masih baru dan belum layak memberikan nasihat mengenai rahsia kebahagiaan suami isteri.

PETALING JAYA – Meskipun rumah tangga utuh tanpa gangguan mana-mana penyondol, pelakon Rozita Che Wan mengakui tidak layak untuk memberikan tip perkahwinan kerana merasakan mahligai cinta yang dibina bersama suami, Zain Saidin masih baru.

Ujar Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 51, pasangan yang sudah berkahwin lebih 20 tahun lebih sesuai untuk berkongsi pasang surut dalam melayari bahtera perkahwinan.

“Saya tak sesuai nak bagi tip mengenai rumah tangga sebab perkahwinan saya baru sahaja 11 tahun.

“Kalau nak minta tip, minta pasangan yang sudah berkahwin lebih 20 tahun. Mereka lebih layak.

“Saya yang usia perkahwinan 20 tahun ke bawah, ibaratnya baru mahu bermula,” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok, semalam.

Pun begitu, ibu kepada tiga cahaya mata itu berpendapat kunci utama hidup sebagai pasangan suami isteri adalah perlu banyak bersabar dan saling bertoleransi.

“Apa yang saya boleh kongsikan, tip penting berumah tangga perlu banyak bersabar dan toleransi.

“Sabar adalah kunci utama. Kalau pihak sana tidak bertoleransi, hanya kita sahaja nak tak nak bersabarlah jawapannya,” jelasnya.

Disaat rumah tangga artis lain berantakan, keharmonian perkahwinan selebriti yang mesra disapa Che Ta itu menjadi rujukan ramai netizen yang ingin tahu rahsia kebahagiaannya.

Rozita dan Zain yang bernikah pada 11 Disember 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana, 10.

Menerusi perkahwinan lalu, pelakon drama Kiah Pekasam itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy,28, dan Aniq Ezra,24. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI