fbpx

Anak buaya tersesat masuk pekarangan rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Daerah Kerian menangkap anak buaya sepanjang satu meter di sebuah rumah di Taman Serai Perdana hari ini

BAGAN SERAI – Seekor anak buaya sepanjang satu meter memasuki pekarangan sebuah rumah di Taman Serai Perdana di sini hari ini.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kerian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.56 petang.

“Anggota APM Daerah Kerian di Bagan Serai seramai empat orang telah pergi ke lokasi bagi memberikan bantuan kepada pemilik kediaman tersebut.

” Ketika tiba di lokasi didapati seekor anak buaya berada dalam kawasan tempat letak kereta di rumah berkenaan dan anggota menggunakan peralatan khas bagi menangkap anak buaya tersebut.” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI