fbpx

Aliran trafik meningkat, 3 jam kenderaan tak bergerak hala Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semakan pada peta Google mendapati aliran trafik dari Gombak ke Pantai Timur masih tinggi ekoran pertambahan kenderaan sejak petang tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik dari ibu negara menuju ke Pantai Timur dilaporkan semakin meningkat pada malam ini ekoran pertambahan kenderaan sejak petang tadi.

Astro Radio Trafik menerusi laporan terkini memberitahu, bilangan kenderaan ke Pahang, Kelantan dan Terengganu yang menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak semakin bertambah dan menyebabkan kelewatan selama dua jam dari Gombak ke Bukit Tinggi.p

Sementara itu, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), keadaan trafik semasa masih lagi sesak mengakibatkan kelewatan kira-kita tiga jam dari Taman Hillview dan sejam dari Bulatan Batu Caves menuju ke Plaza Tol Gombak.

Menurut seorang pengguna yang terperangkap di dalam kesesakan menuju Plaza Tol Gombak, hampir tiga jam dia berada di kawasan sama dengan pergerakan hanya melibatkan 100 meter dan kadar kelajuan kurang 10 kilometer perjam (km/j).

Dalam pada itu, kesesakan di MRR2 turut menjadi punca kepada pergerakan kenderaan perlahan sejauh lima km dari Plaza Tol Sentul Pasar ke Taman Sri Gombak.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara – Selatan, aliran trafik juga tinggi di beberapa kawasan antaranya, Nilai ke Senawang, Ayer Keroh ke Jasin, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Slim River ke Gopeng,

“Keadaan sama juga dilaporkan berlaku di Kuala Kangsar ke Changkat Jering, Bukit Merah ke Juru dan Sungai Dua ke Bertam,” lapor Astro Radio Trafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI