fbpx

3 premis makanan di Tanjung Bunga ada najis tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
.Najis tikus yang ditemui di premis makanan di Tanjung Bunga, semalam.

GEORGE TOWN – Tiga premis makanan yang beroperasi di Tanjung Bunga di sini diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa semalam susulan penemuan najis tikus.

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi Jabatan Pelesenan bermula pukul 5 petang.

MBPP dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan 10 pegawai terlibat mendapati tahap kebersihan ketiga-tiga premis makanan tersebut adalah tidak memuaskan.

“Penemuan najis tikus di semua premis makanan tersebut telah mengakibatkan arahan penutupan serta merta selama 14 hari berkuat kuasa pada 12 September 2024 (semalam).

“Pemeriksaan menyeluruh dilakukan di bahagian dapur, tempat basuhan, tempat penyimpanan makanan, longkang dan parit.

“Selain gagal menyediakan kawalan makhluk perosak (pest control) secara berjadual,pemeriksaan ke atas alatan perangkap minyak mendapati pengusaha gagal untuk penjadualan pembersihan,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, keadaan tersebut juga menyebabkan masalah perparitan berlaku dan menjadi punca longkang awam tersumbat.

“Kesemua pengusaha premis makanan tersebut boleh membuat rayuan pemeriksaan semula setelah mematuhi piawaian (SOP) Majlis dan memenuhi kriteria aspek kebersihan yang memuaskan sebelum premis dibenarkan beroperasi semula,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI