fbpx

26 peserta Himpunan RXZ ditipu sindiket inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA NERUS – Keterujaan sekumpulan 26 peminat motosikal Yamaha RXZ untuk menyertai Himpunan RXZ Members 6.0 terencat apabila inap desa yang mereka tempah sebenarnya tidak wujud.

Salah seorang peserta, Adli Ismail, 31 mendakwa, mereka mengetahui tertipu apabila memdapati inap desa terbabit telah diduduki penyewa lain dalam kalangan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 sebaik tiba dari Negeri Sembilan.

“Rupa-rupanya inap desa itu sebenarnya milik orang lain, tetapi gambarnya telah digunakan oleh individu yang menipu kami. Kami menempah inap desa tersebut setelah ternampak iklannya di laman Facebook,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Adli mendakwa, mereka sudah membayar RM1,800 bagi penginapan dua hari satu malam inap desa yang merupakan rumah dua tingkat berkenaan, namun tidak bercadang untuk membuat laporan polis.

“Pada mulanya, kami hilang arah kerana tidak tahu arah tujuan setelah kepenatan setelah melalui perjalanan jauh dari Negeri Sembilan. Mujur penduduk tempatan baik hati membantu kami mencari inap desa baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI