fbpx

’12 jam baru sampai Kelantan, sesak seperti musim raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran trafik di sekitar Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama berhampiran persimpangan Raub hari ini. Ihsan Media Sosial

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna jalan raya menyifatkan kesesakan jalan raya yang berlaku sejak semalam yang berlarutan sehingga hari ini seperti musim perayaan.

Menerusi perkongsian di laman sosial, ada pengguna memaklumkan perjalanan pulang ke kampung terutamanya ke Pantai Timur mengambil masa lebiih 12 jam.

Malah ada juga pengguna mendakwa sehingga kini masih belum sampai i kampung halaman walaupun bergerak tengah malam semalam.

“Gerak maghrib semalam (dari Ampang), subuh tadi baru sampai di kampung (Machang, Kelantan),” kongsi Abu di laman Facebooknya.

Turut berkongsi pengalaman sama adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ahmad Shahril yang kini masih lagi dalam perjalanan untuk ke Kelantan.

“Turun rumah ( di Bangi) kira-kira pukul 5 pagi, dekat pukul 8 pagi tadi masih sangkut dekat Plaza Tol Gombak, sekarang sudah sampai Lipis (pukul 12) berhenti rehat dulu.

“Sudah penat nak hadap ‘jem’ (kesesakan), seperti musim raya. Lepas ini mesti akan hadap jem lagi di Merapoh, Gua Musang sebelum sampai di Kuala Krai.

Seorang lagi pengguna di kenali sebagai Elly turut berkongsi keadaan kesesakan terutamanya di kawasan Raub dan Kuala Krai.

“Sesak luar biasa kali ini, ramai ambil kesempatan untuk balik kampung sebab cuti panjang. Paling teruk jem di Tol Gombak, Raub, dan Kuala Krai.

“Alhamdulliah akhirnya pukul 11 pagi tadi sampai di kampung halaman selepas menempuh jem lebih 12 jam,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI