fbpx

Tiga pegawai Imigresen antara empat direman kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat individu termasuk tiga pegawai JIM Perak direman dua hari di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan penghantaran pulang pekerja warga asing. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Empat individu termasuk tiga pegawai Jabatan Imigresen (JIM) Perak direman dua hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan penghantaran pulang pekerja warga asing.

Perintah reman sehingga esok terhadap tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 55 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nora Sharif.

Kesemua suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, kesemua suspek itu ditangkap semalam, antara pukul 1.15 petang sehingga 7.15 malam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti meminta dan menerima wang rasuah antara RM50 sehingga RM300 daripada setiap pekerja asing yang ingin pulang ke negara asal secara sukarela melalui Program Repatriasi Migran.

Wang tersebut dikatakan sebagai balasan untuk penjawat awam itu mempercepatkan kelulusan program berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI