fbpx

Tidak tahu haiwan dilindungi, lelaki bela landak Jawa dipenjara 5 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Nyoman menangis teresak-esak selepas rayuannya ditolak. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki di Pulau Bali dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan membela lima ekor landak jawa, lapor saluran berita Radar Semarang semalam. 

Tertuduh bernama Nyoman Sukena itu merupakan penduduk di Bandar Karang Dalem II di Badung. 

Mengikut pertuduhan, Nyoman didakwa memelihara landak Jawa (Hystrix Javanica yang dikategorikan sebagai haiwan terancam dan dilindungi. 

Bagaimanapun, dia mengaku bahawa dia tidak sengaja dan tidak mengetahui dengan keadaan tersebut. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @makassarinfoku, lelaki itu dilihat menangis teresak-esak selepas rayuannya ditolak. 

Rakaman itu juga mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan rata-rata, netizen tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut kerana dianggap terlalu berat dan tidak adil. 

“Kenapa dijatuhkan hukuman penjara? Tak faham? Dia (tertuduh) hanya membela tanpa sengaja dan bukan membunuh!” marah seorang netizen. 

“Diberi teguran tidak boleh ke? Kesian kerana dia tidak tahu haiwan itu tidak boleh dipelihara!” marah netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI