fbpx

Tiada kompromi kes penindasan, eksploitasi kanak-kanak – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (gambar kecil).

PETALING JAYA – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) diarahkan untuk menyantuni kanak-kanak dan keluarga mereka yang menjadi mangsa jenayah seksual serta eksploitasi di Selangor dan Negeri Sembilan seperti dilaporkan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal-hal penindasan terhadap kanak-kanak.

Katanya, golongan itu merupakan generasi penerus Malaysia dan kesejahteraan mereka adalah tanggungjawab bersama.

“Saya berasa amat dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya kes 402 orang kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan eksploitasi di 20 buah rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Saya difahamkan siasatan sedang berjalan berkenaan perkara ini,” katanya menerusi ciapan di laman X hari ini.

Tambah Azalina, kerajaan memberi penekanan serius dan komited terhadap isu yang melibatkan kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin kepada isu kanak-kanak, Kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif termasuk pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak yang telah diluluskan dalam sidang Parlimen lalu.

“Pindaan ini adalah bertepatan dan kena pada waktunya kerana ia memperuntukkan kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding selain meniadakan keperluan keterangan sokongan mandatori,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sebanyak 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak serta agama.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, polis turut menyelamatkan 402 individu melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak berumur satu hingga 17 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI