fbpx

‘Tergamak, hangpa merangkaklah di Padang Mahsyar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEDIH dan terkejut, Aweera berharap pelaku kejam yang menetap mati pelumba negara, Elly yang juga sepupunya mendapat balasan setimpa di dunia dan akhirat.

PETALING JAYA – Terkesan dengan kematian tragis sepupunya, Elly Idzlianizar Elias juga bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara yang maut ditetak, penyanyi Aweera berharap pelaku pembunuhan kejam tersebut menerima balasan setimpal.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, 33, berharap keadilan buat arwah dapat ditegakkan dijatuhkan  hukuman di dunia dan balasan di akhirat kelak.

“Hangpa (pembunuh) tetak darah daging aku wei! Semoga ada keadilan untuk abang Ijar @ Elly (panggilan arwah).

“Semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal! Takbir, Allahuakbar,” tulisnya menerusi Intsa Story.

Menerusi hantaran lain, Aweera  bagaimanapun reda dengan pemergian sepupunya namun masih terkejut sebaik dimaklumkan berita pemergian Elly, kelmarin.

“Aku macam tak percaya, tergamak hangpa buat macam tu. Aku reda, aku terkejut.

“Tapi apa pun si pelaku, hangpa merangkaklah di Mahsyar nanti,” ujarnya.

Vokalis kumpulan Mojo itu turut mengajak peminat dan pengikut dalam Instagram mendoakan yang baik-baik buat Allahyarham Elly.

“Ya Allah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk abang sepupu saya,” tulisnya.

Terdahulu, polis mengesahkan kematian Allahyarham Elly disebabkan kecederaan parah akibat ditetak sebanyak 12 kali selepas terbabit dalam satu pergaduhan di Kangar, Perlis.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 9 hingga 10 malam kelmarin ketika mangsa dipercayai berkunjung ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar.

Susulan itu polis menahan tiga lelaki berusia antara 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI