fbpx

Terbuka Hong Kong: Tang Jie-Ee Wei berpeluh ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei dipaksa bermandi peluh sebelum menang ke atas Xin Wa-Fang Hui di suku akhir Terbuka Hong Kong sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Semangat tidak mudah mengaku kalah membantu beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan cabaran ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, Kowloon sebentar tadi, mereka berdepan cabaran cukup sukar sebelum mencatat kemenangan 21-13, 17-21, 21-10 ke atas pasangan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui.

Turun sebagai pilihan keempat, Tang Jie-Ee Wei menampilkan aksi cukup baik sejak awal permainan dan menguasai sepenuhnya set pertama dengan jurang mata yang besar 18-11 sebelum memastikan kemenangan pertama 21-13.

Bagaimanapun, pemain lawan yang merupakan pilihan keenam kejohanan bangkit memenangi set kedua 21-17 biarpun pada awalnya sudah ketinggalan 13-17, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, Tang Jie-Ee Wei yang memenangi Terbuka Korea dua minggu lalu seolah-olah ‘dirasuk’ apabila melakukan serangan demi serangan sehingga menyebabkan Xin Wa-Fang Hui berdepan tekanan.

Beregu China itu kemudiannya dilihat seakan-akan sudah mengalah ketika Tang Jie-Ee Wei mendahului 16-9 dan pasangan negara memastikan kemaraan ke separuh akhir apabila memenangi set penentuan 21-10.

Menanti beregu No.9 dunia itu di separuh akhir esok adalah pilihan utama kejohanan, juga dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang menewaskan satu lagi pasangan negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-13, 21-11.

Sementara itu, langkah beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut tersekat di suku akhir selepas tewas 18-21, 17-21 kepada wakil tuan rumah, Tang Chun Man-Tse Ying Suet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI