fbpx

Tabung dana ‘Abang Bas’ dah cukup, ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga lancar tabung derma untuk bantu bayar ikat jamin Abang Bas.

PETALING JAYA – “Kutipan dana untuk membantu Abang Bas ditutup. Terima kasih netizen 1 Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Indonesia dan Myanmar yang sudi menyumbang dan bantu Abang Bas.”

Itu perkongsian terkini yang dibuat oleh kakak pemandu bas yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’, Zarinah Sari di laman Facebook, sebentar tadi.

Rabu lalu, Zarinah melancarkan kutipan derma bagi mengumpul dana untuk membayar wang jaminan adiknya itu sebanyak RM30,000 seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.

Dalam pada itu, Zarina turut meminta maaf selain meminta orang ramai terus berdoa supaya ‘Abang Bas’ dibebaskan pertuduhan dan hidup seperti biasa.

“Saya wakil keluarga Abang Bas mohon maaf jika terdapat syak wasangka, ragu-ragu atau perkara yang tak menyenangkan sepanjang kes Abang Bas ini.

“Sekali lagi kami mengucapkan berjuta-juta terima kasih atas sumbangan kalian. Allah yang maha tahu. Allah yang tidak pernah tidur. Allah sentiasa ada,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Muar membenarkan ‘Abang Bas’ yang didakwa di atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan diikat jamin sebanyak RM30,000.

Tertuduh yang berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu dan hakim menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI