fbpx

Sejak usia 2 tahun diasing daripada keluarga, ibu bapa ke Turkiye, Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal tersebut menerusi Op Global baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Hasil temu bual ke atas 402 kanak-kanak yang diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan ada antara mereka ditinggalkan keluarga di rumah amal sebuah syarikat terkemuka sejak berusia dua tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai generasi ketiga atau keempat syarikat terkemuka tersebut.

“Kami percaya ada antara kanak-kanak itu sudah beberapa tahun tidak berjumpa ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka ini pergi ke Arab Saudi dan Turkiye selama enam tahun.

“Kami sedang menyiasat unsur pengabaian ke atas kanak-kanak kerana itu juga merupakan satu kesalahan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sama ada tindakan itu atas persetujuan waris atau diarahkan oleh kepimpinan syarikat, Razarudin memaklumkan, perkara tersebut masih dalam siasatan.

Tegas beliau, sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan itu mempunyai dokumen pengenalan diri, malah ada juga yang tidak mempunyai dokumen.

“Bagaimanapun, kita masih melakukan saringan dan menemu bual penjaga yang ditahan. Kami tidak akan berhenti sehingga menemui dokumen berkaitan kanak-kanak itu,” katanya.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 buah rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global.

Sebelum ini, PDRM maish menjalankan siasatan terhadap syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak.

Tindakan itu dibuat selepas polis menerima empat laporan yang dibuat di sekitar Selangor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI