fbpx

RXZ Member 6.0: LLM jangka penunggang motosikal meningkat ke Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengeluarkan panduan keselamatan khas untuk penunggang motosikal yang menggunakan Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1, dan Lebuhraya Pantai Timur 2.

Menerusi hantarannya di aplikasi Facebook, LLM mengingatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi had laju yang ditetapkan kerana peningkatan jumlah motosikal yang boleh menyebabkan lebih banyak kesesakan dan risiko di jalan raya.

“Jangan menunggang secara berkumpulan sehingga menghalang kenderaan lain dan berhenti di mana-mana tempat teduhan motosikal yang telah disediakan sekiranya ingin berteduh.

“Penunggang dinasihati untuk menunggang motosikal secara berhemah tanpa melakukan aksi merbahaya berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kemalangan,” ujarnya di dalam infografik di hantaran tersebut.

Satu peringatan penting yang ditekankan oleh LLM adalah pepatah “Biar lambat, asal selamat.”

Sementara itu, panduan ini dilancarkan berikutan dengan program RXZ Members 6.0 yang akan diadakan pada Jumaat sehingga Sabtu ini di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus yang dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI