fbpx

Plaza Tol Gombak mulai sesak, terdapat lori rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur.

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke Pantai Timur mulai sesak berhampiran Tol Gombak Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ekoran orang ramai mula bergerak pulang ke kampung sempena cuti sekolah yang bermula hujung minggu ini.

Berdasarkan imej televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di laman sesawang jalannow.com, aliran trafik di Plaza Tol Gombak ketika ini agak sesak.

Begitu juga aliran trafik selepas Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur, bagaimanapun trafik masih lagi lancar di Genting Sempah dan juga Plaza Tol Bentong.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kesesakan berhampiran Plaza Tol Gombak itu disebabka terdapat sebuan lori rosam di Kilometer 26.2 arah timur.

“Trafik perlahan (6.4 kilometer) dari Plaza Tol Gombak (bercantum sebelum & selepas) hingga lokasi. Penutupan sementara lorong perlahan dan kecemasan,” tulis LPT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI