fbpx

Pekerja sewa loteng separa siap sebagai tempat tinggal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan bilik sewanya yang hanya berlantaikan papan kayu dan beralaskan tikar. - TikTok 

JAKARTA – Seorang lelaki warga Nusa Tenggara Timur (NTT) mengundang perhatian ramai selepas mendedahkan bilik sewanya di loteng sebuah rumah di Pulau Bali , lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @darahmanggarai05, dia menunjukkan tempat tidurnya yang hanya berlantaikan papan kayu dan beralaskan tikar. 

Lebih mengejutkan, loteng tersebut kelihatan separa siap dan dipenuhi dengan batang besi. 

Dia mengakui tinggal di loteng tersebut kerana sukar untuk mendapatkan bilik sewa di Bali. 

Rakaman itu merekodkan lebih 593,400 tontonan bersama 15,400 tanda suka. 

“Bali lebih susah mendapatkan bilik sewa daripada kerja,” kata seorang netizen. 

“Bilik sewa tak penting, yang penting gajinya,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI