fbpx

Pekeliling SSPA boleh diakses bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang penjawat awam menyemak anggaran gaji menerusi kalkulator gaji SSPA yang disediakan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam di PICC, Putrajaya, bulan lalu.- Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PETALING JAYA – Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan) boleh diakses melalui portal www.sspa.jpa.gov.my bermula hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa 1 Disember 2024.

Katanya, pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari mulai 21 Oktober sehingga 30 November 2024.

“Dengan terlaksananya SSPA ini, kerajaan menerusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berharap agar aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam akan terus diperkasakan dengan menyemai sikap taat setia dalam kalangan pegawai awam serta mampu memberikan khidmat yang terbaik.

“Pelaksanaan dan perincian seperti pelarasan gaji dan urusan perkhidmatan menerusi SSPA akan dimulakan dengan sesi libat urus JPA dalam masa terdekat di semua kementerian dan jabatan bagi membolehkan para pengurus sumber manusia mendapat pencerahan sewajarnya,” kata JPA.

Tambahnya, pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap.

“Pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja,” jelas JPA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI