fbpx

Pegawai Imigresen didenda RM6,000 terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang pegawai Imigresen didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,830 enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Reza Husain, 43, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah dalam prosiding yang ditetapkan untuk sebutan pengurusan kes di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Reza sebagai penjawat awam iaitu pegawai imigresen gred KP19 yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pahang telah meminta dan menerima rasuah secara bulanan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,830 daripada pengusaha pusat hiburan dan pusat refleksologi di Temerloh sebagai balasan mempercepatkan urusan proses permit pekerja asing.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 20 Jun 2018 sehingga 21 Jun 2020 bernilai antara RM230 sehingga RM500 melalui pindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun bank CIMB milik isterinya dan akaun Maybank miliknya sekaligus didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Peguam merayu agar tertuduh dikenakan hukuman minimum kerana tertuduh masih menanggung isteri dan dua anak yang masih bersekolah serta seorang ibu yang mempunyai penyakit kronik dan seorang adik orang kelainan upaya (OKU).

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM6,000 dan sekiranya gagal membayar denda tertuduh boleh dipenjara sehingga enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI