fbpx

Pas tidak letak kuota amalkan sistem terbuka untuk calon wanita PRU-16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SANUSI dan Nuridah pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat Kali ke-64 di Kompleks al-Makmur di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Pas tidak menetapkan kuota untuk calon wanita dalam pilihan raya umum akan datang sekaligus terbuka kepada mana-mana muslimah yang layak untuk mewakili parti itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Pas sentiasa mengalu-alukan calon wanita yang berkeupayaan bagi mewakili parti itu dalam pilihan raya.

“Sekarang di Kedah ramai calon wanita, kalau perjuangan orang lain 30 peratus, kita tidak letak peratus tetapi kita bagi peluang malah jadi Exco lagi.

“Muslimat terbuka tak ada kuota, ada keupayaan, ada ruang, Pas ‘open’,”katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat Kali ke-64 di Kompleks al-Makmur di sini hari ini.

Menurutnya dalam melakukan pemilihan calon wanita, pihaknya akan melihat keupayaan dan keperluan tempatan dan melihat kesesuaian serta cabaran di sesuatu kawasan dalam melakukan pertimbangan.

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh berkata, pihaknya akan terus berusaha mendekati golongan wanita khususnya bagi memastikan gelombang sokongan wanita kepada Pas.

Katanya, pelaksanaan Muktamar Tahunan Pas di Pahang memberikan isyarat kepada rakyat negeri ini bahawa Pas sedia mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI