fbpx

Op Global: 179 kanak-kanak miliki kecedaraan lama, tekanan emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal tersebut menerusi Op Global

KUALA LUMPUR – Seramai 179 daripada 402 kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam serbuan Op Global di 20 buah rumah amal disyaki dieksploitasi sehingga menyebabkan terdapat kecederaan fizikal, emosi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah tersebut seramai 10 kanak-kanak juga dihantar ke rumah pelindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapati mereka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan autisme.

Katanya, kesemua kanak-kanak itu ditempatkan di Bukit Beruntung, Cheras dan Seremban sebaik saringan kesihatan dilakukan terhadap mereka.

“Pada mulanya, seramai 402 kanak-kanak diselamatkan pada Rabu lalu menerusi Op Global di Selangor dan Negeri sembilan dan aringan awal mendapati 392 orang kanak-kanak adalah mangsa.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 202 orang adalah lelaki manakala perempuan (190 orang),” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, hari ini.

Kata Razarudin, hasil saringan kesihatan dilaksanakan, seramai 172 dikesan mempunyai kesan kecederaan fizikal lama selain terjejas dari segi emosi.

Jelas beliau, daripada jumlah ini, mangsa itu terdiri daripada 130 orang lelaki dan perempuan (42 orang).

“Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk menjalankan penilaian lanjut dari segi kesihatan mental terhadap mangsa-mangsa tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI