fbpx

MA63: KPM setuju 10 tuntutan dikemukakan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju sepenuhnya dengan 10 tuntutan dikemukakan Kerajaan Negeri Sarawak termasuklah usaha mengukuhkan pelibatan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) hasil Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

KPM dalam satu kenyataan berkata, selain itu, ia juga melibatkan kebenaran mengambil guru Contract of Service (CoS) tertakluk kepada pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan pelaksanaan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional dalam perancangan projek
pembangunan pendidikan.

“KPM turut bersetuju memberi perwakilan kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak atau mana-mana pihak lain selain KPM kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, tertakluk kepada garis panduan yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Menurut KPM, MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilihat dapat memperkukuhkan lagi pendidikan di Sabah dan Sarawak.

“Antara perkara yang dibincangkan termasuk keperluan merunding dengan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan jawatan sebelum Menteri Pendidikan membuat kelulusan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

“Langkah Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) telah membuahkan hasil yang
positif. KPM, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berkerjasama erat memastikan pendidikan di kedua-dua buah negeri dapat terus dipertingkatkan dalam ruang lingkup semangat kesatuan MA63,” jelas KPM. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI