fbpx

LZS capai 60 peratus bayaran zakat menuju RM1.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakhrunniam membaca akad pembayaran kepada Mohd. Sabirin (kanan) pada majlis penyerahan zakat perniagaan FGV.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatatkan trend positif kutipan zakat apabila melebihi 60 peratus sepanjang tempoh lapan bulan tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, sekiranya kutipan terus memberangsangkan maka pihaknya optimis sasaran sebanyak RM1.2 bilion mampu dicapai hujung bulan Disember nanti.

“Kita mempunyai dua musim puncak pembayaran zakat iaitu pada bulan Ramadan dan bulan Disember. Selepas bulan Ramadan, Alhamdulillah kita telah melebihi 60 peratus (daripada sasaran) dan untuk makluman semua kutipan tertinggi (secara rutinnya) adalah pada bulan Disember,” katanya.
kepada pemberita hari ini.

Terdahulu beliau mewakili LZS menerima pembayaran zakat perniagaan Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV) berjumlah RM344,412 yang diwakili Pengarah Kumpulan Bahagian Logistik dan Perniagaan Sokongannya, Fakhrunniam Othman.

Justeru, Mohd. Sarbini berharap lebih banyak syarikat membuat pembayaran awal zakat mereka berbanding menunggu saat akhir hingga hujung tahun.

Mengulas mengenai program tersebut, beliau berkata, FGV melalui dana wakalahnya turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM120,000 bagi menyantuni seramai 200 keluarga asnaf fakir dan miskin di Daerah Petaling.

“Menerusi sumbangan tersebut, setiap keluarga akan menerima wang tunai sebanyak RM550 dan barangan makanan bernilai RM50,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI