fbpx

Liga Premier tidak ‘kembali’ tahun depan – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rossi (kiri) ditemui media buat kali pertama sejak menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MFL minggu lalu.

PETALING JAYA – Harapan peminat untuk melihat saingan Liga Premier kembali ‘bernyawa’ dalam masa terdekat mungkin tidak kesampaian kerana kesuntukan masa untuk direalisasikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi menjelaskan pihaknya tetap terbuka untuk menghidupkan semula saingan divisyen 2 itu pada masa akan datang.

Kata Pompili Rossi, kajian lanjut masih lagi giat dilakukan tetapi buat masa ini fokus diberikan untuk memastikan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 berlangsung dengan kompetitif.

“Mengenai (cadangan untuk hidupkan) saingan divisyen 2 (Liga Premier) pada tahun depan, saya rasa kita sudah kesuntukan masa.

“Namun, pihak kami (MFL) tidak menutup pintu sepenuhnya dengan menyatakan tidak atau ya (untuk kembalikan Liga Premier).

“Namun, kami perlu menjalankan penelitian terperinci sebelum membuat perubahan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Sebagai rekod, struktur saingan Liga M mengalami perubahan besar sejak  musim lepas apabila Liga Premier dimansuhkan dengan kali terakhir dianjur pada musim 2022.

Badan pengelola bola sepak negara itu membuat keputusan untuk mansuhkan Liga Premier kerana mahu membuka ruang buat kejohanan feeder, Piala MFL yang menjadi medan buat pemain bawah 23 (B-23) bersaing secara kompetitif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI