fbpx

Lelaki warga asing perkosa, samun nenek 71 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Seorang lelaki warga asing bukan sahaja tergamak menyamun seorang wanita warga emas berusia 71 tahun namun, tanpa belas kasihan turut merogol mangsa.

Kejadian menyayat hati itu dikesan berlaku di sebuah apartment di Cyberjaya sekitar malam tadi.

Bagaimanapun, suspek berusia lingkungan 25 tahun itu akhirnya berjaya ditahan kira-kira pukul 12.18 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya turut merampas beberapa barangan berharga daripada suspek termasuk telefon bimbit.

Beliau berkata, suspek yang juga pekerja kedai akan di bawa ke Mahkamah Sepang esok bagi mendapatkan permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol dan samun.

“Bagi jenayah rogol, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun selain hukuman sebat.

“Manakala bagi hukuman bagi kesalahan samun pula, penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga
dikenakan denda atau sebatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Kamarul Azran berkata, mangsa disamun dan dirogol ketika sedang menunggu untuk menaiki lif.

“Mangsa di bawa ke ruang tangga berhampiran lif sebelum disamun dan dirogol,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa menetap bersama anak lelakinya di apartment berkenaan.

Sementara itu, Wan Kamarul Azran berkata, beliau menasihatkan orang awam untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI